Amazfit hadir dengan jam tangan pintar baharu Bip 6 di Malaysia. Jam tangan ini ditawarkan pada harga RM359, seutas, dan mula tersedia untuk pembelian hari ini. Ia menawarkan pelbagai ciri menarik untuk memenuhi keperluan pengguna yang mencari jam tangan kecergasan dengan harga berpatutan.

Jam tangan ini hadir dengan skrin AMOLED 1.97 inci beresolusi 450 × 390 piksel, bersama kecerahan maksimum 2000 nits. Ia juga menawarkan pelbagai ciri kecergasan, termasuk pemantauan kadar degupan jantung, tahap oksigen dalam darah (SPO2), penilaian tahap tekanan, dan pola kualiti tidur.

Bagi pengguna aktif, terdapat lebih daripada 140 mod sukan yang disertakan, serta GPS terbina yang dilengkapi fungsi peta luar talian yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai aktiviti luar. Baterinya pula mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan biasa atau sehingga 26 hari dalam mod penjimatan. Ia tersedia dalam tiga pilihan warna seperti Black, Stone, dan Charcoal.