ASUS Memperkenalkan ROG NUC 2025 – Dilengkapi Cip Intel Arrow Lake, NVIDIA GeForce RTX 5080
Nazrin
Jika anda sedang mencari sebuah komputer desktop kelas gaming yang kecil dan padat, tetapi berkuasa, ASUS baru-baru ini telah mengemaskini penawaran ASUS ROG NUC mereka dengan komponen-komponen komputer terbaru.

Walaupun ROG NUC dilihat sebagai komputer gaming kelas desktop, komponen-komponen yang digunakan didalmnya adalah merupakan komponen-komponen komputer riba. Model tahun ini akan dikuaskaan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 275HX dan digabungkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 untuk komputer riba, yang menggunakan 16GB memori GDDR7.


Dari segi memori dan storan, ROG NUC 2025 akan dilengkapi dengan 32GB memori DDR5, dan boleh dinaiktaraf sehingga 96GB oleh pengguna sekiranya mereka memerlukannya. Dari segi storan pula, ASUS memberi pengguna pilihan untuk mendapatkan model dengan storan SSD PCIe4 bersaiz 1TB ataupun 2TB.

Dari segi penawaran palam dan ciri-ciri lain, ASUS ROG NUC 2025 tampil dengan enama palam USB 3.2 Type-A, empat di belakang dan dua di belakang, satu palam Thunderbolt 4, dua palam DisplayPort 2.1, dua palam HDMI 2.1, satu palam internet 2.5GbE, satu palam audio untuk fon kepala atau pembesar suara di hadapan dan satu palam USB 3.2 Type-C di hadapan.

Komputer ini juga menyokong teknologi sambungan nirwayar Bluetooth 5.4 terbaru, dan juga sambungan internet nirwayar WiFi7 yang menjanjikan sambungan internet nirwayar yang sangat pantas, asalkan anda menggunakan penghala WiFi7 juga.
Komputer ASUS ROG NUC 2025 ini akan ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu bermula bulan ini, pada harga 24,399 RMB untuk model dengan storan 1TB dan 24,999 untuk model dengan storan 2TB.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah komputer ini akan ditawarkan di pasaran-pasaran lain.
[sumber]ASUS[/sumber]