Facebook Messenger merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang digunakan meluas oleh sejumlah besar pengguna. Tidak setakat permesejan, kini Facebook turut dilihat ingin memperluaskan penggunaannya, termasuk untuk perkongsian fail.
Selepas mengehadkan perkongsian kepada hanya 10MB sebelum ini, kini Facebook meningkatkan had fail perkongsian kepada 100MB. Dengan langkah ini, pengguna boleh berkongsi pelbagai fail dan dokumen melaluinya – termasuk dokumen Word, Excel dan PDF.
Kemaskini baharu ini telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna global.