Carian
Samsung Galaxy XCover 7 Pro Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 7s Gen 3 
April 15, 2025 Amy Maizuraa

Samsung baru sahaja melancarkan telefon tahan lasak terbarunya, Galaxy XCover 7 Pro yang direka khas untuk pengguna yang memerlukan ketahanan maksimum. Dengan perlindungan IP68, pensijilan MIL-STD-810H, dan kaca Gorilla Glass Victus+, ia dilihat sesuai untuk keadaan lasak dan mencabar.

Telefon ini dilengkapi dengan bateri boleh tanggal berkapasiti 4350mAh, cip pemproses Snapdragon 7s Gen 3 dan skrin LCD 6.6″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Kamera utama 50MP dan swafoto 8MP pula membantu menghasilkan gambar yang berkualiti. Menariknya, Samsung turut menjanjikan sokongan perisian selama 7 tahun untuk kegunaan jangka panjang.

Komen