Apple hari ini telah menjenamakan semula perniagaan Apple Search Ads, kepada Apple Ads. Langkah ini sekaligus memperlihatkan fokus Apple terhadap perniagaan pengiklanan yang melangkaui pengiklanan pada carian sahaja.

Sebelum ini, Apple menyertakan sokongan pengiklanan pada Apple App Store, membolehkan pembangun aplikasi mengiklankan aplikasi mereka untuk dilihat lebih ramai. Selain populariti di App Store, Apple turut dikatakan sedang melihat integrasi pengiklanan pada beberapa aplikasi yang lain.
Ini adalah termasuk pada Apple Maps dan Apple News, yang akan membolehkan mereka menjana lebih pendapatan melaluinya. Namun, pihak Apple belum lagi menyatakan hasrat atau-atau apa-apa perancangan untuk pengiklanan pada produk lain buat masa ini. Mungkin dengan penjenamaan ini, kita mungkin melihat langkah Apple seterusnya selepas ini.