Carian
Honda Malaysia Kini Membuka Pratempah Kereta Elektrik e:N1
April 15, 2025 Ikhwan Nazri

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, setelah beberapa jenama memperkenalkan kereta elektrik terkini mereka, dan didorongi prestasi penjualan kereta elektrik pada tahun ini, Honda Malaysia pada hari ini telah membuka pra-tempah untuk kereta elektrik Honda e:N1

Honda e:N1 merupakan kereta elektrik yang dibangunkan dari platform e:N Architecture F dan hampir kelihatan bagaikan H-RV dengan rekaan yang sama boleh dilihat dari pemegang pintu belakang, sehinggalah ke ruangan dalaman. Ia mempunyai motor elektrik yang boleh memberikan kuasa maksimum 150kW dan tork maksimum 310 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 160 km/j. 

Dari segi pengecasan pula, Honda e:N1 yang dijual di Indonesia mempunyai jarak perjalanan sehingga 500km NEDC hasil dari bateri bersaiz 68.8 kWh. Namun ia hanya menyokong pengecasan DC 78 kW, ,membuatkan tempoh pengecasan 10%-80% dalam masa 45 minit. Namun berlainan untuk AC, dimana pengecasan 11kW memerlukan sekitar 6 jam untuk pengecasan penuh. 

Honda Malaysia juga telah melantik 8 pengedar terpilih yang akan menguruskan sebarang pertanyaan mengenai kereta elektrik pertama ini dan bagi anda yang berminat, anda boleh layari laman khas pratempah yang disediakan. Honda e:N1 ini bakal dilancarkan pada suku kedua tahun ini jadi mungkinkah kita akan dapat lihat pelancarannya pada acara Malaysia Auto Show 2025 pada Mei hadapan, atau mungkin pada bulan Jun 2025.

Komen