Realme 14 5G dan Realme 14 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini selepas beberapa minggu diacah. Kedua-duanya dipasarkan sebagai peranti gaming mudah alih mampu milik bagi mereka yang tidak ingin berbelanja lebih.

Realme 14 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.67-inci FHD+, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak 1500 nits. Ia juga dijana oleh cip Snapdragon 6 Gen 4, dengan memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman 256GB. Baterinya berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.
Sistem kamera terdiri daripada kamera utama 50MP + 2MP, dan kamera swafoto sebesar 16MP. Ciri tambahan lain termasuk perisian terkini RealmeUI 6.0 berasaskan Android 15, sistem audio stereo, pengimbas cap jari pada skrin, dan Bluetooth 5.2.

Realme 14 Pro
Realme 14 Pro pula menggunakan skrin OLED 6.77-inci 2392×1080 (FHD+), kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak 1500 nits. Ia juga dijana oleh cip Dimensity 7300 Energy, dengan memori 12GB RAM serta storan dalaman 512GB. Baterinya berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.
Sistem kamera terdiri daripada kamera utama 50MP Sony IMX882 OIS + 2MP Monokrom, dan kamera swafoto sebesar 16MP. Ciri tambahan lain termasuk perisian terkini RealmeUI 6.0 berasaskan Android 15, sistem audio stereo, pengimbas cap jari pada skrin, dan Bluetooth 5.4.
Di Malaysia harga jualan peranti adalah seperti di bawah.
- Realme 14 5G (8+256GB) – RM1,199 (Eksklusif menerusi syarikat telko)
- Realme 14 5G (12+256GB) – RM1,299


- Realme 14 Pro 5G (12+256GB) – RM1,499
- Realme 14 Pro 5G (12+512GB) – RM1,799