Carian
U Mobile Akan Guna Teknologi Huawei Dan ZTE Untuk Rangkaian 5G Kedua Malaysia
April 15, 2025 Aman

U Mobile sedia terpilih sebagai penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia, selain daripada DNB. Selari dengan penawaran tersebut, kini U Mobile menyatakan mereka akan menggunakan teknologi infrastruktur rangkaian oleh Huawei dan ZTE dalam pembangunan rangkaian 5G kedua berkenaan.

Sebelum ini, DNB telah sedia menggunakan teknologi Ericsson untuk pembangunan rangkaian 5G pertama Malaysia.

Melalui kerjasama U Mobile ini, teknologi Huawei dijangka digunakan untuk meliputi Semenanjung Malaysia, sementara ZTE pula akan digunakan untuk Sabah dan Sarawak. Buat masa ini, tiada sebarang nilai transaksi yang diumumkan oleh pihak terlibat.

Komen