Carian
4Chan Digodam – Data Peribadi Mod Ditiriskan Ke Internet
April 15, 2025 Effi Saharudin

Laman 4Chan telah digodam dan menyebabkan ia tidak boleh diakses ketika ini. Serangan berlaku sekitar 6 jam yang lalu dan kemudian data peribadi moderator pula ditiriskan ke arena web. Antara yang tertiris ialah nama, kata laluan akaun, emel dan alamat tempat tinggal. Walaupun begitu kesahihan data yang tertiris ini masih belum dapat disahkan.

Sejak dilancarkan pada tahun 2003, 4Chan menjadi tempat berkumpul insan yang menggelar diri mereka sebagai Anon. Ia adalah antar tempat terawal perbincangan pelbagai topik yang dianggap sensitif dilakukan. Laman mula dikenali ramai selepas Anon melancarkan beberapa aktiviti anti sosial seperti melalukan kekacauan dalam dunia Habbo Hotel, melakukan demo di hadapan markas Scientology dan serangan penggodam atas nama Julian Assange.

Jadi adalah mengejutkan laman kumpulan penggodam paling terkemuka dunia kini menjadi mangsa penggodam yang tidak dikenali. Kerana gangguan laman masih lagi berterusan, kami akan mengemaskini berita ini dari semasa ke semasa.

Komen