Carian
Google Menghentikan Sokongan Android 12 dan 12L
April 15, 2025 Effi Saharudin

Sistem operasi Android 12 dan Android 12L secara rasmi tidak lagi akan disokong oleh Google. Menurut Android Authority, dalam buletin keselamatan Android terkini kedua-dua sistem operasi tidak lagi menerima tampalan sekuriti. Pada peranti lama, tampalan sekuriti kini hanya boleh diberikan oleh pembangun peranti seperti yang dilakukan oleh FairPhone.

Penamatan sokongan berlaku walaupun Android 12 dilancarkan pada tahun 2021 sementara Android 12L pula pada awal 2022. Bagi pengguna yang risau mengenai keselamatan peranti, anda disarankan mengemaskini sistem operasi peranti atau menggantikan peranti dengan segera.

Kerana sistem operasi ini masih agak baru, terdapat sekitar 30% peranti masih menggunakannya menerusi data yang dikongsi Google setahun lalu. Peratusan semasa tidak diketahui kerana Google tidak lagi berkongsinya secara bulanan seperti beberapa tahun lalu.

Komen