Carian
Realme Buds Air7 Berharga RM299 Di Malaysia 
April 15, 2025 Amy Maizuraa

Realme Buds Air7 telah dilancarkan di Malaysia dengan harga RM299, dan juga tersedia pada harga promosi RM249 untuk masa terhad. Fon telinga ini dilengkapi dengan pembatalan hingar aktif sehingga 52dB bagi memastikan kejelasan bunyi yang baik. Selain itu, ia dapat berfungsi sehingga 52 jam apabila digunakan bersama pod pengecas.

Fon telinga ini juga menyokong Audio Hi-Res melalui LHDC 5.0 dan mempunyai penarafan IP55 yang tahan terhadap habuk dan air. Tambatan pantas disediakan melalui Bluetooth 5.4, yang turut menyokong kebolehan sambungan dwi-peranti, sokongan Swift Pair, serta audio spatial.

Komen