TikTok hari ini berkongsi menyatakan kini mereka mempunyai lebih 1.7 juta penjual melalui platform mereka, sekaligus memposisikan TikTok Shop sebagai antara platform edagang utama di Malaysia. Melaluinya, para penjual juga aktif membuat pelbagai jualan langsung dalam menarik pembeli.

Tidak setakat itu, lebih 3.0 juta pengguna juga turut berdaftar sebagai wakil sekutu, atau turut dipanggil “Affiliate”. Kebiasaannya, wakil sekutu akan menjana pendapatan dengan mempromosikan sesuatu barangan dan menerima komisen apabila barangan tersebut terjual melalui mereka.
TikTok Shop sendiri memudahkan proses berkenaan, termasuk agihan pendapatan dan sebagainya menggunakan platform mereka – membuatkan urusan jual-beli, dan pengurusan wakil sekutu lebih mudah dilakukan.

Selari dengan perkembangan ini juga, TikTok Shop turut menyediakan sejumlah panduan dan kelas dalam mengalakkan lebih ramai PKS menggunakan platform TikTok Shop untuk urusan jual beli. Terdapat beberapa tarikh berganda yang turut difokuskan oleh TikTok Shop dalam mengalakkan lagi aktiviti jual-beli pada platform mereka, selain musim perayaan.