Google Akan Mula Guna Domain Google.com Untuk Carian Seluruh Dunia – Tidak Lagi Guna Domain Berasaskan Negara
Aman
Bagi anda yang aktif guna Google, mungkin sedia maklum yang ia akan membawa ke halaman Google.com.my sekiranya anda membukanya di Malaysia. Langkah ini dilaksanakan oleh Google dalam memberikan pengalaman lebih baik berasaskan kepada carian berdasarkan lokasi seseorang pengguna. Namun, kini Google mula melakukan perubahan terhadap perkara berkenaan.

Menurut Google, sejak tahun 2017 yang lepas, mereka telah menambah-baik Carian Google, membolehkan ia memberikan hasil yang sama sekiranya menggunakan Google.com atau Google.com.my (atau sebarang domain berasaskan negara). Selari dengan langkah ini, kini Google mengatakan mereka tiada lagi keperluan untuk menggunakan domain berasaskan sesuatu negara.
Dengan perkembangan ini, Google menyatakan mereka akan mula menggunakan domain Google.com sebagai halaman utama, dan akan mula membawa trafik dari nama domain berasaskan negara ke Google.com.
Pengenalan ini akan dilakukan secara berperingkat oleh Google dalam beberapa bulan akan datang.