Realme telah melancarkan Buds T200 Lite, iaitu satu pilihan fon telinga yang menarik dengan harga mampu milik. Ia ditawarkan pada harga RM119, dan terdapat harga promosi RM79 untuk masa terhad hingga 30 April 2025.

Realme Buds T200 Lite hadir dengan pemacu audio 12mm, pembatalan hingar untuk panggilan, serta Bluetooth 5.4 untuk sambungan yang stabil. Ia turut menyokong mod kependaman rendah untuk pengalaman audio yang lebih lancar. Selain itu, ia melepasi penarafan IPX4 yang menawarkan ketahanan terhadap percikan air.

Dari segi bateri, Buds T200 Lite mampu bertahan sehingga 7 jam dengan sekali cas, dan meningkat sehingga 48 jam apabila digunakan dengan pos pengecas. ia juga hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih