Landskap dunia media sosial dunia berubah selepas Facebook membeli Instagram dan WhatsApp. Kedua-dua pembelian ini dilihat sebagai taktik Mark Zuckerberg untuk mengelakkan posisi Facebook diancam oleh platform lain. Selepas Snapchat muncul wujud laporan Zuckerberg ingin membelinya tetapi ditolak oleh pengasasnya Evan Spiegel.

Dalam perbicaraan anti monopoli antara Meta dan FTC minggu ini, Zuckerberg didedahkan pernah bercadang membeli Snapchat pada harga $6 bilion pada tahun 2013. Ini adalah dalam emel yang dijadikan bahan bukti perbicaraan. Menurut Zuckerberg, beliau ingin membeli Snapchat kerana merasakan aplikasi tidak berkembang setanding dengan potensinya.
Selepas tawaran pembelian ditolak, Facebook melancarkan ciri Reel yang amat mirip dengan antaramuka video menegak yang dipopularkan oleh Snapchat. Dalam hari kedua perbicaraan, FTC menuduh Meta melakukan amalan perniagaan anti persaingan dengan mengambil alih platform yang dirasakan mencabar kedudukan mereka.