Carian
Honor Power Dilancarkan Dengan Bateri 8000mAh
April 16, 2025 Amy Maizuraa

Honor telah memperkenalkan telefon pintar baharu Honor Power yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti 8,000mAh serta cip Snapdragon 7 Gen 3. Selain itu, peranti ini direka dengan ketebalan kurang daripada 8mm, menjadikannya kekal nipis meskipun dibekalkan dengan  bateri berkapasiti besar.

Dengan bateri berkapasiti 8,000mAh, peranti ini diiklankan mampu bertahan sehingga 25 jam untuk menonton video, 23.5 jam bagi penggunaan aplikasi media sosial, lebih 23 jam untuk navigasi, dan 14 jam ketika bermain permua. Ia turut menyokong pengecasan pantas 66W dan mampu bertahan untuk satu jam panggilan telefon walaupun bateri berada pada tahap 2%.

Honor Power turut menampilkan skrin OLED 6.78 inci 1.5K 120Hz dengan kecerahan maksimum 4,000 nits. Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 5MP, serta kamera hadapan 16MP. Harga jualannya bermula dari CNY1,999 (~RM,1,205) bagi model asas 8GB/256GB.

Komen