Perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat masih belum menunjukkan akan reda dalam masa terdekat. Sebentar tadi White House mengumumkan Presiden Trump menandatangani arahan eksekutif baharu yang mengenakan tarif sehingga 245% ke atas produk yang diimport ke Amerika Syarikat dari China.

Tarif yang jauh lebih tinggi berbanding 145% sebelum ini dikenakan ke atas import picagari dan jarum yang digunakan bagi tujuan perubatan. Sebelum ini White House mengumumkan akan melakukan siasatan ke atas rantaian bekalan perubatan negara yang dikatakan terlalu bergantung kepada Chima.
Peningkatan tarif dilakukan kerana China melakukan tindas balas menggantung eksport unsur nadir bumi dan import cip yang dikeluarkan faundri Amerika Syarikat. Selain itu tarif juga dikenakan kerana China didakwa gagal mengawal pengeluaran dadah fentanil yang kemudian memasuki Amerika Syarikat secara haram.