Carian
TikTok Menguji Ciri Reviews Untuk Melihat Pendapat Pengguna Dan Pelawat Sesuatu Lokasi
April 16, 2025 Nazrin

TikTok nampaknya sedang menguji sebuah ciri baru yang akan menandingi fungsi ulasan Google Reviews pada platform tersebut dengan memperkenalkan tab Reviews baru-baru ini.

Sebelum ini, apabila sebuah lokasi seperti restoran sebagai contoh mempunyai akaun TikTok, pengguna akan ke Google untuk mencari ulasan tentang lokasi tersebut, dan samada ia adalah berbaloi untuk ke lokasi tersebut.

Kini, dengan tab Reviews, TikTok nampaknya mahu membawa ulasan-ulasan lokasi ini ke platform TikTok supaya pengguna tidak perlu ke platform lain untuk meilihat samada ia berbaloi untuk ke lokasi-lokasi ini ataupun tidak.

Melihat kepada tangkapan layar yang diperlihatkan, bahagian komentar nampaknya akan mempunyai tab Review untuk membolehkan pengguna mengakses ulasan lokasi dengan cepat dan mudah.

Ciri ini nampaknya masih lagi dalam fasa ujian buat masa ini, dan tiada butiran lagi tentang bilakah atau jika TikTok akan memperkenalkan ciri ini kepada semua pengguna-pengguna mereka.

Komen