Intel Bartlett Lake ialah siri CPU Intel yang sebelum ini hanya diperkatakan sebagai siri cip pemprosesan yang akan digunakan untuk tujuan khusus seperti penguasaan rangkaian telekomunikasi dan internet (Network and Edge), tetapi baru-baru ini, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa
Baru-baru ini, kemaskini kepada sistem operasi Linux telah memperkenalkan sokongan untuk cip pemprosesan Bartlett Lake, dan menerusinya ia telah ditemui bahawa terdapat sokongan untuk satu model cip pemprosesan tersebut yang hadir dengan sebanyak 12 teras P-Core (prestasi) dan 24 bebenang kuasa.

Ini cukup menarik kerana bermula dengan cip pemprosesan Meteor Lake, termasuklah Lunar Lake dan Arrow Lake, Intel tidak lagi menggunakan teknologi Hyper-Threading (dimana jumlah bebenang kuasa adalah 2x jumlah teras terbina). Cip pemprosesan Intel Bartlett Lake juga nampaknya akan menggunakan soket LGA 1700 yang digunakan pada siri cip pemprosesan Intel Raptor Lake dan Alder Lake sebelum ini, jadi papan induk Intel sebelum ini dari siri 600 dan 700 dan sebagainya nampaknya boleh digunakan bersama-sama CPU ini apabila ia dilancarkan kelak.
Penggunaan teras P-core sahaja mungkin bermakna bahawa gamer khususnya akan memperlihatkan peningkatan dari segi prestasi, tetapi satu kekurangan ketara ialah penggunaan kuasa yang tidak begitu cekap.
Ura-ura juga mengatakan bahawa Intel akan mula menjual siri CPU Bartlett Lake ini sekitar pertengahan tahun ini (Julai-September 2025) dan mungkin akan diperlihatkan sewaktu acara Computex Taipei yang akan berlangsung pada penghujung bulan Mei ini.