Kemampuan Suntingan AI Honor AiMAGE Kini Dipertingkat Dengan Bantuan Google Cloud
Effi Saharudin
Ciri Honor AiMAGE telah dikemaskini baru-baru ini dengan kemampuan suntingan yang lebih berkuasa seperti AI Outpainting, AI Eraser dan AI Upscale. Di acara Google Cloud Next, Honor mengesahkan ciri terbaru ini dibangunkan dengan kerjasama Google Cloud.
Model Google Imagen digunakan untuk menjana imej di luar ruang asal gambar pada ciri AI Outpainting. Pengguna boleh membesarkan gambar dengan mengisi kekosongan dengan imej yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI). Terdapat ciri AI Erase yang memadam elemen dalam gambar dengan lebih baik.
AI Upscale pula meningkatkan resolusi asal gambar dengan bantuan AI. Di Google Cloud Next, Google memperlihatkan beberapa ciri baharu yang kini disokong pada peranti Android beberapa pengeluar. Setiap pengeluar kini mempunyai ciri AI tersendiri dengan harapan ia dapat menarik minat orang ramai untuk membeli peranti keluaran mereka.
[sumber] Honor [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.