Grok kini boleh menjana dokumen, laporan, kod dan permainan berasaskan web. Ini meningkatkan kemampuan Grok yang sebelum ini ialah chabot yang boleh menyatakan fakta serta menjana imej. Kesemua ciri ini boleh digunakan menerusi Grok Studio hari ini.
Terdapat integrasi Google Drive membolehkan kandungan laporan kewangan misalnya dianalisa oleh Grok sama seperti yang boleh dilakukan Gemini dan ChatGPT. Selepas karangan dihasilkan, ia boleh disunting dalam tetingkap yang bagi membolehkan Grok terus memberikan bantuan dalam bentuk janaan imej atau melakukan kajian lebih mendalam menerus ciri Deep Research.
Grok mengehadkan saiz fail ke 5MB atau dokumen dengan 20,000 patah perkataan sahaja. Untuk had lebih tinggi, langganan Grok Premium diperlukan. Anda boleh mencuba ciri ini menerusi pautan di bawah.