Carian
Nubia RedMagic 10 Air 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Gen 3
April 16, 2025 Amy Maizuraa

Nubia melancarkan Red Magic 10 Air sebagai telefon pintar gaming yang direka dengan pelbagai ciri menarik. Peranti ini dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3, sistem penyejukan Composite Liquid Metal 2.0, serta butang bahu untuk prestasi permua yang lebih baik. Rekaan nipis dan skrin penuh memberikan keselesaan dalam penggunaan harian dan pengalaman permua.

Ia juga hadir dengan skrin OLED BOE 6.8″ FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Cip Red Core R3 disertakan pula boleh bantu mengoptimumkan pernua melalui penyesuaian audio, getaran, dan pencahayaan secara masa nyata.

Peranti turut menawarkan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB, serta menjalankan Red MagicOS 10 berasaskan Android 15 yang menyokong ciri AI seperti Deepseek, Recon Mode, dan Motion Control.

Dari segi kamera, ia menampilkan kamera utama 50MP untuk sudut lebar dan ultra lebar, serta kamera swafoto 16MP. Kapasiti bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W disediakan sebagai pelengkap. 

Komen