Honor 400 Lite Bakal Memasuki Pasaran Malaysia
April 16, 2025
Honor
Amy Maizuraa
Honor mengesahkan bahawa peranti baharu mereka, Honor 400 Lite akan memasuki pasaran Malaysia. Walaupun tarikh pelancaran rasmi peranti ini masih belum diumumkan, rekaannya berjaya mencuri perhatian ramai dengan konsep yang menyerupai sebuah Pura70.

Peranti juga dijangka menawarkan spesifikasi yang sama dengan versi global. Ia termasuklah paparan AMOLED 6.7-inci 120Hz, kamera utama 108MP, dan cip MediaTek Dimensity 7025 Ultra. Selain itu, ia mungkin turut menawarkan bateri 5,230mAh yang menyokong pengecasan pantas 35W.
Butiran penuh nantikan dari masa ke semasa apabila Honor berkongsi mengenainya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.