Januari lalu, Towana Looney (53) memegang rekod sebagai manusia paling lama hidup selepas menerima pemindahan ginjal khinzir. Tetapi selepas lebih empat bulan hidup menggunakan ginjal khinzir, organ ini terpaksa dikeluarkan semula disebabkan komplikasi yang timbul.

Menurut penyelidik dari NYU Langone Health yang melakukan pembedahan asal, tubuh Looney mula menolak ginjal yang diterima selepas beliau terpaksa mengurangkan dos ubat anti penolakan disebabkan oleh jangkitan. Prosedur membuang organ dilakukan pada 4 April lalu menjadikan eksperimen xenotransplan ini hanya bertahan selama 130 hari. Ini adalah rekod yang lebih panjang berbanding 61 hari sebelum ini selepas penerima ginjal khinzir meninggal dunia disebabkan faktor kesihatan tidak berkaitan dengan pemindahan organ.
Looney terpaksa kembali melakukan rawatan dialisis untuk meneruskan hidup pasca pembedahan. Beliau dipilih menjadi manusia keempat menerima ginjal khinzir kerana tidak layak menerima ginjal manusia disebabkan oleh tekanan darah tinggi serta antibodi tubuh tinggi menyebabkan penolakan organ yang diterima.