Selain daripada NVIDIA, AMD juga telah mengumumkan bahawa mereka kini tidak lagi dibenarkan untuk menjual komponen AI mereka ke pasaran China. Komponen yang dilihat paling terkesan dengan keputusan sekatan perdagangan ini ialah cip pemprosesan AI AMD MI308.

AMD menjangkakan bahawa mereka akan mengalami kerugian kira-kira $800 juta kerana sekatan ini, dan ia merupakan satu isu yang agak besar untuk AMD kerana pasaran China merupakan pasaran kedua terbesar mereka, menjanakan pendapatan sebanyak $6.23 bilion, atau kira-kira 24 peratus daripada jumlah jualan syarikat tersebut.
AMD mengatakan bahawa salah satu cara untuk mengatasi sekatan perdagangan ini ialah untuk mendapatkan lesen eksport untuk produk-produk mereka, tetapi buat masa ini nampaknya tiada kepastian samada lesen eksport ini akan diberikan kepada mereka ataupun tidak.