Carian
Infinix Umum Kemas Kini XOS 15 Berasaskan Android 15 Untuk Siri Note 40
April 18, 2025 Amy Maizuraa

Infinix telah mengumumkan bahawa mereka akan mengedarkan kemas kini XOS 15 berasaskan Android 15 secara berperingkat mulai Q2 2025.

Memandangkan kita sudah memasuki Q2 2025 bermakna pengguna peranti siri Note 40 boleh menjangkakan kemas kini akan mula diedarkan dalam masa terdekat.

Namun, buat masa ini, hanya peranti dalam siri Note 40 yang telah disahkan akan menerima kemas kini tersebut. Antara model yang bakal menerima kemas kini ini termasuk Note 40 5G, Note 40, Note 40S, Note 40 Pro 5G, dan Note 40 Pro+ 5G.

Untuk maklumat terkini mengenai kemas kini, pengguna boleh menyemak halaman rasmi Infinix bagi setiap peranti. Sebagai tambahan, telefon baharu dalam siri Note 50, yang dilancarkan tahun ini telah menjalankan XOS 15 terus daripada kotak. 

Komen