Nubia Neo 3 5G dan Neo 3 GT 5G kini dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia. Direka khas untuk peminat permua, telefon ini ditawarkan pada harga bermula dari RM999 untuk model Neo 3 5G, dan RM1,199 untuk model Neo 3 GT 5G. Anda yang berminat boleh mendapatkannya melalui pengedar sah ZTE Malaysia.

Nubia Neo 3 GT dilengkapi skrin OLED 6.8 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1300 nits. Ia hadir dengan cip Unisoc T9100, 12GB RAM, storan dalaman 256GB, serta AI NeoTurbo untuk pengalaman permua lebih baik.
Sistem penyejukan VC berukuran 4083mm² terbina dapat memastikan suhu kekal rendah semasa penggunaan intensif. Tambahan ciri lain termasuk butang bahu tersembunyi, bateri 6000mAh, dan pengecasan pantas 80W.

Nubia Neo 3 hadir dengan skrin LCD 6.8 inci 120Hz yang menyokong kecerahan puncak 1000 nits. Ia dikuasakan oleh cip Unisoc T8300, 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan enjin AI NeoTurbo untuk permua lebih baik. Telefon ini turut menawarkan butang bahu tersembunyi dan bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 33W.