OpenAI kini dikatakan sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih salah satu syarikat yang memfokuskan kepada khidmat pengaturcaraan dikuasakan oleh kecerdasan buatan, dinamakan Windsurf. Ia dikatakan perbincangan mengambil-alih Windsurf mungkin mencapai $3 bilion.
Walaubagaimanapun, sebelum perbincangan lanjut hadir untuk Windsurf, OpenAI dilaporkan pernah berbincang dengan Cursor, iaitu salah satu syarikat yang menerajui arena pengaturcaraan dikuasakan AI. Perbincangan dikatakan telah dilakukan pada 2024, dan sekali lagi pada awal tahun 2025 ini. Namun, kedua-duanya tidak berakhir dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Namun, peralihan OpenAI kepada Windsurf ini memperlihatkan fokus mereka dalam mendapatkan syarikat dengan fokus terhadap pengaturcaraan dikuasakan AI ini. Apatah lagi, perkhidmatan seumpamanya mempunyai pengguna berbayar yang lebih aktif berbanding dengan perkhidmatan lain.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah syarikat akhir yang akan diambil-alih oleh OpenAI untuk terus menambah-baik penawaran pengaturcaraan mereka ini.