Carl Pei kini berkongsi menyatakan mereka merancang untuk memperkenalkan Nothing Phone (3) secara rasminya pada suku ketiga 2025 kelak. Ini sekaligus memperlihatkan Nothing akan melancarkan telefon pintar siri terbaru mereka berkenaan sekitar Jun ke Ogos 2025 tahun ini.

Buat masa ini, info penuh berkenaan penawaran telefon pintar berkenaan masih tidak diketahui lagi. Carl Pei mengatakan ia mengambil masa sekitar 9 bulan ke 18 bulan dalam membangunkan sesuatu produk tersebut.
Berkemungkinan kita akan melihat fokus berterusan diberikan terhadap ciri Essential Space pada telefon Nothing melalui kemaskini baharu kelak.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah penawaran Nothing seterusnya, dan bagaimana mereka akan kekal unik bergerak ke hadapan.