Vivo Y04 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM399. Ia sesuai bagi mereka yang mencari telefon pintar dengan harga berpatutan tanpa perlu berbelanja besar.

Vivo Y04 hadir dengan paparan LCD 6.47-inci HD+ yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Ia dijana oleh cip Unisoc T7225 dengan 4GB RAM serta storan dalaman 128GB. Peranti ini turut dilengkapi bateri 5,500mAh dan sokongan pengecasan 15W. Dari segi fotografi, ia menawarkan kamera utama 13MP dan kamera swafoto 5MP, berserta ciri berasaskan AI seperti AI Erase untuk membuang objek yang tidak diingini daripada gambar.