Carian
OnePlus 13T Akan Dilancarkan Di China Pada 24 April Ini – Sejumlah Ciri Baru Diperlihatkan
April 21, 2025 Nazrin

Terkini, lebih banyak butiran mengenai peranti kelas mercu OnePlus 13T telah diperlihatkan ke arena web, dengan pihak OnePlus sendiri baru-baru ini mengesahkan saiz bateri peranti pintar padat tersebut, dan ia lebih besar daripada yang dijangka.

Jika sebelum ini OnePlus 13T diacah akan hadir dengan bateri lebih besar dari 6000mAH, OnePlus kini telah mengesahkan bahawa saiz bateri tersebut ialah 6260mAH. Kapasiti bateri ini dilihat lebih besar daripada sejumlah kapasiti beberapa peranti pintar lain seperti OnePlus 13, siri Samsung Galaxy S25, siri Xiaomi 15 dan sebagainya.

OnePlus 13T juga akan tampil dengan ciri charging bypass, ataupun memintas pengecasan, yang membolehkan pengguna untuk memintas penggunaan bateri dan menguasakan peranti terus daripada palam pengecasan. Salah satu kelebihan fungsi ini ialah pengguna tidak perlu menunggu untuk bateri dicas apabila ia mati untuk menggunakan peranti mereka secara serta-merta.

Dalam pada itu, saiz paparan OnePlus 13T juga telah disahkan, dimana ia akan hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.32 inci yang lebih kecil berbanding OnePlus 13 yang mempunyai paparan bersaiz 6.82 inci.

OnePlus akan melancarkan OnePlus 13T pada 24 April 2025 di China, dimana keseluruhan spesifikasi perant ini akan diperlihatkan.

  • OnePlus 1, 2
Komen