Di masa hadapan kelak, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia yang telah mendaftar dengan sistem pendaftaran ID digital MyDigital ID untuk urusan-urusan yang berkaitan dengan jabatan tersebut.
Ini adalah apa yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini sewaktu acara rumah terbuka Polis Diraja Malaysia di Stadium Titiwangsa pada hari ini. Beliau mengatakan bahawa buat masa ini, pendaftaran MyDigital ID bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi mereka yang mendaftar untuknya akan diberikan keutamaan, dan di masa hadapan, apabila integrasinya adalah lebih meluas.

Datuk Seri Saifuddin Nasution mengatakan bahawa penggunaan MyDigital ID boleh mempercepatkan proses pengesahan identiti rakyat, dan sekaligus membuatkan sebarang proses pembayaran dan proses pendaftaran yang perlu dilakukan.
Kerajaan juga sedang berbincang untuk meminda Akta Pendaftaran Negara 1959 untuk membolehkan MyDigital ID digunakan sebagai dokumen rasmi untuk mengesahkan identiti rakyat Malaysia.