Pada hari ini, pelbagai perkhidmatan menyediakan sokongan janaan berasaskan kecerdasan buatan. Dengan langkah berkenaan, pengguna boleh memasukkan input berasaskan teks berkenaan apa yang mereka inginkan, dan seterusnya perkhidmatan berkenaan akan menjananya.

Terbaru, Figma, iaitu perkhidmatan merekabentuk antaramuka yang popular, turut dilihat sedang membangunkan penawaran mereka tersendiri. Melaluinya, pengguna boleh memasukkan sesuatu input berasaskan teks, fail Figma sendiri, atau imej, dan seterusnya meminta ia menjana rekaan aplikasi berkenaan.
Ciri ini dijangka akan dikuasakan oleh Claude Sonnet LLM. Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan secara rasminya.