Carian
Bluesky Memperkenalkan Calit Pengesahan Akaun
April 22, 2025 Effi Saharudin

Selepas empat tahun beroperasi, Bluesky akhirnya memperkenalkan ciri pengesahan akaun dengan calit khas berwarna biru. Dua jenis calit diberikan iaitu Trusted Verifier dan Verified Account. Trusted Verifier diberikan kepada akaun organisasi yang boleh dipercayai yang sebelum ini menambah pautan domain pakai akaun. Akaun ini diberikan logo biru dengan calit putih dalam bulatan bergigi.

Akaun Verified Account pula ialah akaun milik individu yang telah disahkan identiti pemiliknya oleh akaun Trusted Verifier. Akaun Trusted Verifier boleh memberikan status Verified Account kepada akaun milik anggota organisasi ataupun kakitangan.

Pada ketika ini Bluesky belum membuka permohonan untuk akaun individu mendapatkan calit pengesahan. Ia akan diberikan di masa hadapan kepada akaun-akaun milik individu yang penting sahaja. Proses pengesahan Bluesky ini adalah sama seperti yang digunakan Twitter satu ketika dahulu sebelum Elon Musk menjualnya kepada sesiapa sahaja yang mempunyai wang menyebabkan berlakunya isu penipuan identiti yang serius beberapa tahun lalu.

Komen