Carian
Perkhidmatan Cluely Dilancarkan Untuk Mengelat Dalam Semua Benda
April 22, 2025 Effi Saharudin

Dalam Bahasa Inggeris ada bidalan “fake it ’till you make it”. Dalam dunia moden, penggunaan chatbot kecerdasan buatan (AI) untuk membuatkan diri kelihatan lebih pandai ketika temuduga kini semakin menjadi-jadi. Dalam kes  Chungin “Roy” Lee, beliau menawarkan perkhidmatan mengelat yang diberi nama Interview Coder sehingga digantung pengajian oleh Columbia University selepas ia digunakan oleh pelanggan untuk mengelat dalam temuduga.

Biasanya selepas dihukum, pesalah akan mempelajari daripada kesilapan dan insaf. Tetapi Roy Lee telah melancarkan Cluely sebagai perkhidmatan untuk mengelat dalam semua benda. Syarikat pemula ini baru sahaja menerima dana daripada beberapa pelabur untuk mengembangkan lagi penawarannya. Ia boleh digunakan untuk mengelat dalam peperiksaan, temuduga pekerjaan, panggilan zoom dan banyak lagi dengan ia dipaparkan pada skrin yang hanya boleh dilihat oleh pengguna.

Walaupun ianya sebuah perisian mengelat, Cluely melihat perkhidmatan mereka sebagai alat bantuan seperti kalkulator, perisian memeriksa ejaan dan Google yang boleh membantu pengguna menjadi lebih pandai dalam kehidupan seharian.

Dalam situasi seperti ini, majikan mungkin perlu mengambil langkah drastik kembali melakukan temuduga bersua muka dengan semua jenis peranti pintar atau cermin mata pintar diharamkan.

Komen