Lamborghini Temerario telah diumumkan semalam dengan ia sebuah lagi kereta lumba dengan sistem tren kuasa hibrid. Temerario dilengkapi enjin 4.0-liter V8 turbo berkembar yang dipadankan dengan tiga motor elektrik yang memberikan kuasa gabungan 920CV (907 HP) serta tork 800 NM.

Ia menjadi sebuah lagi kereta lumba prestasi tinggi PHEV Lamborghini selepas Revuelto yang dilancarkan pada tahun 2023. Seperti Revuelto, Temerario juga dilengkapi pek bateri sebesar 3.8 kWh. Ini membolehkan Temerario dipandu menggunakan kuasa bateri sepenuhnya untuk jarak perjalanan pendek.

Temerario mampu memecut sehingga kelajuan maksimum 343 km/j dengan masa diambil untuk memecut dari 0-100 km/j pula ialah 2.7 saat. Ia dilengkapi papan pemuka dengan skrin 12.3″ untuk pemandu lengkap dengan sistem HUD. Di bahagian tengah pula terdapat skrin 8″ untuk sistem infohibur dan sebuah lagi skrin terbina dalam papan pemuka penumpang.

Walaupun Lamborghini Temerario telahpun dilancarkan secara rasmi, harga jualan kereta hibrid prestasi ini masih lagi belum diumumkan.