Carian
G.SKILL Memperkenalkan Kit Memori DDR5 Dengan Jumlah Memori 256GB
April 22, 2025 Nazrin

G.SKILL, jenama pembuat memori komputer baru-baru ini telah memperkenalkan kit memori DDR5 terbaru mereka yang hadir dengan kapasiti memori terbesar yang dilihat pada sebuah komputer pengguna buat masa ini.

Dinamakan G.SKILL Trident Z5 Neo RGB, kit memori ini tampil dengan jumlah memori sehingga 256GB, dimana setiap batang memori hadir dengan kapasiti 64GB. Kit memori ini hadir dengan kelajuan 6000MT/s, dan menyokong ciri lewahjam memori AMD EXPO yang membolehkan anda mendapatkan sela-masa memori yang lebih rendah, disamping memastikan bahawa kadar penghantaran memori kekal tinggi.

Menariknya, ini juga merupakan kali pertama kita melihat sebuah syarikat memperkenalkan kit memori dwi-saluran dengan jumlah memori 256GB. Secara lazimnya, kit memori untuk komputer pengguna, walaupun berprestasi tinggi, secara lazimnya akan hadir dengan kapasiti maksima 128GB, ataupun 32GB untuk setiap batang memori.

Kit memori ini sangat sesuai untuk pembina komputer berprestasi tinggi, samada untuk gaming ataupun tujuan olahan grafik dan video beresolusi tinggi. Buat masa ini, G.SKILL masih belum mengumumkan bilakah memori ini akan mula ditawarkan, dan juga harga jualannya.

Komen