Vivo turut mengumumkan model X200s dengan cip baharu Dimensity 9400+. Ia menampilkan binaan yang kompak melalui skrin sebesar 6.67-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Tubuhnya juga berkotak dengan gabungan sisi rata dan melengkung yang menyerupai X200 Pro Mini sebelumnya. Terdapat empat pilihan warna menarik iaitu ungu, biru, putih, dan hitam.

Kamera utama terdiri dengan tri-sensor 50MP untuk kegunaan utama, ultra-lebar dan telefoto, berserta teknologi ZEISS. Kamera turut dilengkapi OIS, dan cip V2 bersama kemampuan rakaman video 4K/60FPS. Selain itu, ia mempunyai bateri 6200mAh dengan pengecasan pantas 90W, dan nirwayar 40W. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari ultrasonik, pembesar suara stereo, port USB-C dan lain-lain.