Google Membayar Samsung Untuk Menyertakan Gemini AI Secara Terbina Pada Peranti
Aman
Google kiini didapati membayar pihak Samsung sejumlah wang yang besar, dalam memastikan aplikasi kecerdasan buatan Gemini disertakan secara terbina pada peranti keluaran Samsung. Google dikatakan telah mula membayar pihak Samsung sejak Januari 2025 lepas.

Google dikatakan bersetuju untuk membayar selama sekurang-kurangnya selama 2 tahun, dan membayar Samsung setiap bulan berdasarkan kepada peranti yang dijual dengan Gemini secara terbina. Selain itu, Samsung juga turut menjana sebahagian pendapatan daripada pengiklanan yang dijana Google melalui aplikasi tersebut.
Selain aplikasi Gemini ini, Google juga sedia membayar Samsung untuk menjadikan mereka enjin carian utama pada peranti-peranti yang dijual Samsung. Nilai keseluruhan yang dibayar Google tidak didedahkan buat masa ini.