Lenovo Mengacahkan Pengenalan Tablet Legion Y700
Nazrin
Lenovo baru-baru ini telah mengacahkan ketibaan sebuah tablet Legion baru yang hadir dengan rekaan nipis, ringan dan padat.
Dinamakan Lenovo Legion Y700, tablet ini tampak hadir dengan paparan skrin bersaiz 8.8 inci dan akan dikuasakan oleh sebuah cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon, dan buat masa ini, ura-uranya ialah ia akan dikuasakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite.

Promosi tersebut mengatakan bahawa tablet ini akan hadir dengan ciri-ciri AI, yang mungkin akan membantu pengguna didalam permainan-permainan mudah-alih yang dimainkan pada tablet ini.
Tablet Legion Y700 ini dijangka akan dilancarkan di China pada bulan Mei ini, tetapi buat masa ini syarikat tersebut masih belum mengesahkan lagi jika ia akan diperkenalkan di pasaran-pasaran lain.
[sumber]Weibo[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.