Carian
Amerika Mengenakan Tarif Sehingga 3400% Ke Atas Panel Solar Keluaran Asia Tenggara
April 22, 2025 Effi Saharudin

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat mengenakan tarif import baharu mencecah 3400% ke atas panel solar yang dikeluarkan negara-negara rantau Asia Tenggara. Ini akan mendatangkan impak ke atas syarikat panel solar yang terletak di Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam.

Langkah mengenakan tarif tinggi diambil ke atas kilang yang majoritinya dimiliki syarikat China selepas menerima rungutan daripada pengeluar panel solar di Amerika Syarikat. Harga jualan panel solar yang diimport adalah lebih rendah berbanding harga kos menghasilkannya di Amerika Syarikat yang menyebabkan syarikat tempatan tidak mampu bersaing.

Di Malaysia Hanwha Q CELLS Malaysia Sdn. Bhd. dikenakan tarif paling rendah 14.64% sementara Baojia New Energy, Pax Union Resources Sdn Bhd dan SunMax Energy Sdn Bhd dikenakan tarif 168.80%. Syarikat lain di Malaysia dikenakan tarif 32.49%.

Empat syarikat di Kemboja iaitu Jintek Photovoltaic Technology Co., Ltd., Hounen Solar Inc, ISC Cambodia Co., Ltd. dan Solar Long PV-Tech (Cambodia) Co. Ltd. pula dikenakan tarif paling tinggi 3,403.96%. Tarif tertinggi dikenakan ke atas Kemboja kerana kegagalan pengeluar untuk bekerjasama dengan siasatan wakil Amerika Syarikat.

Komen