Inifinix Note50 Pro+ dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia menampilkan spesifikasi kelas pertengahan bersama sokongan 5G terbina. Ia turut dinaiktaraf dengan beberapa ciri dan fungsi menarik berbanding generasi sebelumnya.

Antaranya seperti bahan Armor Alloy Metal digunakan pada keseluruhan bingkai sisi untuk ketahanan lebih baik. Tubuhnya juga berkotak dengan gabungan sisi rata dan melengkung untuk keselesaan yang berpanjangan. Selain itu, ia mempunyai sokongan DeepSeek R1 yang disokong secara terbina dalam pembantu AI Folax, dan boleh diakses melalui butang kuasa peranti.

Terdapat skrin AMOLED 6.78-inci FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz, di samping cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8350 Ultimate untuk tunjang utamanya. Pilihan memori pula sebesar 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Peranti ini kamera utama dengan tetapan 50MP + 50MP telephoto + 8MP ultra-lebar, bersama swafoto sebesar 32MP.
Bateri pula sebesar 5200mAh dengan pengecasan pantas 100W, dan nirwayar 50W. Lain-lain spesifikasi termasuk pembesar suara stereo JBL audio, port USB-C, NFC dan lain-lain. Harga jualan rasmi di Malaysia ialah RM1,599 dengan AI Buds (bernilai RM399) diberikan secara percuma untuk masa terhad.