Vivo Pad5 Pro Kini Rasmi Dengan Skrin 3.1K 144Hz Dan Cip Dimensity 9400
April 22, 2025
Vivo
Amy Maizuraa
Vivo Pad5 Pro telah dilancarkan secara rasmi di China. Ia menampilkan skrin LCD 13-inci dengan resolusi 3.1K dan kadar segar semula 144Hz. Ini digabungkan dengan cip MediaTek Dimensity 9400, bersama memori sehingga 16GB RAM LPDDR 5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0.

Ia juga dilengkapi dengan bateri besar 12,050mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W, serta lapan pembesar sura untuk pengalaman audio lebih baik. Kamera utama 13MP, dan swafoto sebesar 8MP disediakan. Rekaannya juga nipis dan ringan menjadikannya mudah dibawa kemana-mana.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.