Carian
Anda Kelak Boleh Belajar Bermain Catur Melalui Duolingo
April 22, 2025 Nazrin

Duolingo ialah sebuah aplikasi yang mengajar anda bagaimana untuk bertutur dalam bahasa-bahasa lain secara kasual dan dalam masa yang singkat. Satu “kelas bahasa” Duolingo secara lazimnya hanya memerlukan masa beberapa mini sahaja, dan mengajar anda pertuturan ringkas dalam cara yang mudah difahami.

Terkini, Duolingo akan memperkenalkan kelas baharu dimana anda boleh mempelajari tentang bagaimana untuk bermain permainan catur. Duolingo akan mengajar anda tentang asas permainan tersebut seperti kedudukan dan bagaimana untuk menggerakkan setiap buah catur.

Setiap tutorial catur yang diperlihatkan juga akan mengajar anda sedikit sebanyak tentang strategi bagaimana untuk bermain catur, dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anda berada dalam situasi dimana anda akan tewas.

Anda juga akan boleh bermain permainan catur dengan maskot Duolingo, Oscar yang juga akan mengajar anda tentang bagaimanakah untuk bermain permainan ini.

Duolingo berkata bahawa ciri belajar bermain catur ini akan diperkenalkan pada sejumlah pengguna aplikasi tersebut di platform iOS terlebih dahulu, sebelum kemaskini ini diperlihatkan secara lebih meluas.

Ciri ini kemudiannya akan diperlihatkan pada platform Android, tetapi buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah kemaskini ini akan berlaku untuk platform tersebut.

Komen