Carian
Apple Pernah Berminat Untuk Membeli Instagram
April 23, 2025 Aman

Pengasas Instagram, Kevin Systrom kini berkongsi beliau pernah bertemu beberapa syarikat yang dilihat berminat untuk membeli Instagram, sebelum ia dibeli oleh Facebook ketika itu. Antara tahun 2011 ke 2012 yang lepas, pengasas Instagram pernah bertemu dengan Twitter, Google dan juga Apple dalam membeli Instagram.

Walaubagaimanapun, perbincangan dan pertemuan berkenaan dilihat tidak membuahkan hasil. Facebook (kini dikenali Meta) pada tahun 2012 yang lepas, telah membeli Instagram pada nilai $1 bilion, dimana ketika itu Instagram mempunyai sekitar 30 juta pengguna padanya. Sejak itu, Instagram telah berkembang pesat, sehingga ke hari ini.

Untuk makluman, sebelum ini pada 2010 yang lepas, Apple pernah memperkenalkan perkhidmatan sosial dinamakan Ping, dengan fokus terhadap muzik. Walaubagaimanapun, ia ditutup selang dua tahun selepas pengenalannya, iaitu pada 2012.

Komen