Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2 akan bermula pada 11 Mei 2025 ini, dan anda kini boleh menyemak jika anda terpilih untuk program tersebut melalui pautan ini.
“Berdasarkan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628] melalui Proklamasi (P.U. (A) 126/2025) dan Perintah Latihan Khidmat Negara (Orang Yang Dikehendaki Menjalani Latihan Khidmat Negara) 2025 (P.U. (A) 129/2025), setiap rakyat Malaysia yang terpilih wajib menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut tarikh yang ditetapkan. Bagi kemasukkan PLKN tahun 2025, pelatih akan dipilih dikalangan warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2007 sahaja.
Semakan boleh dilakukan melalui Sistem PLKN 3.0 (Semakan E-PLKN 3.0) bermula 22 April 2025.”

Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara, seramai 550 individu yang dilahirkan pada tahun 2007 akan terpilih untuk siri ini, yang akan dijalankan bermula 11 Mei 2025 sehingga 24 Jun 2025 untuk 45 hari.
PLKN 3.0 Siri 2 memperlihatkan peningkatan jumlah peserta berbanding Siri 1 yang diadakan pada awal tahun ini, yang mana seramai 120 pelatih telah mengambil bahagian. Dalam pada itu, ia juga disahkan bahawa PLKN 3.0 Siri 3 akan dijalankan dari 7 September hingga 21 Oktober 2025.
PLKN 3.0 Siri 2 akan dijalankan di dua lokasi, termasuklah Kem Rejimen Askar Wataniah Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.