Meta hari ini mengumumkan mereka telah mula mengaktifkan sokongan pengiklanan pada perkhidmatan terbaru mereka, Threads, untuk semua pengiklan di seluruh dunia. Pengenalan ini hadir selepas Meta melakukan ujian terhad dibeberapa pasaran sejak Januari 2025 lepas.
Dengan langkah ini, pelbagai perniagaan boleh melakukan pengiklanan di Threads dengan mudah. Meta mengatakan pengenalan ini adalah secara berperingkat, mengikut beberapa pasaran untuk peringkat permulaan ini.
Pengiklanan boleh dilakukan melalui pilihan “Threads Feeds” ketika membuat kempen, termasuk menyertakan ia pada bahagian Advantage+. Selari dengannya, Threads yang mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan turut dijangka membawa kepada pulangan pendapatan bagi pihak Meta.