Netflix Menyasarkan Menjadi Syarikat Bernilai $1 Trilion Menjelang 2030
April 24, 2025
Penstriman
Aman
CEO Netflix, Ted Sarandos kini berkongsi mengatakan Netflix kini meletakkan sasaran jangka masa panjang, untuk menjadi syarikat bernilai $1 trilion, menjelang tahun 2030 kelak. Untuk tujuan berkenaan, Netflix perlu menggandakan lagi pendapatan mereka, selain terus menerajui arena pasaran penstriman pada peringkat global.
Selain itu, Netflix turut perlu mempelbagaikan pendapatan mereka, dan tidak bergantung kepada pendapatan penstriman semata-mata.
Pada hari ini terdapat sekitar 8 syarikat dengan nilai syarikat melangkaui $1 trilion, termasuk Meta, Google, Amazon, NVIDIA, Microsoft dan juga Apple. Netflix pada hari ini mempunyai nilai pasaran sekitar $446 bilion.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.