Google sedia dalam proses menjalani perbicaraan berkaitan kedudukan syarikat mereka yang dilihat memonopoli pasaran. Selari dengannya, sejumlah perkara dan data yang disimpan secara dalaman, mula dikongsikan pada perbicaraan di mahkamah.

Terbaru, Google berkongsi mengatakan mereka mempunyai sekitar 350 juta pengguna aktif bulanan yang menggunakan perkhidmatan Gemini AI, dan 35 juta pengguna aktif harian untuk perkhidmatan sama.
Gemini AI merupakan penawaran perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan oleh Google, dan turut telah mula diintegrasikan pada beberapa peranti yang dijual di pasaran. Melalui perkongsian data ini, Gemini dilihat masih jauh di belakang OpenAI yang mempinyai 160 juta pengguna aktif harian, tetapi mungkin mendahului perkhidmatan kecerdasan buatan yang lain.
Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunaka Gemini?