Semua cermin mata pintar Ray-Ban Meta kini boleh melakukan alih bahasa secara masa nyata, menstrim muzik daripada perkhidmatan penstriman muzik dan menghantar mesej. Sebelum ini ciri ini hanya diberikan kepada ahli Early Access Program dengan ia juga mengaktifkan ciri ia memahami apakah yang sedang dipandang oleh pemilik Ray-Ban Meta.

Menerusi ciri alih bahasa masa nyata, cermin mata pintar ini boleh mengalih bahasa Inggeris, Itali, Perancis dan Sepanyol secara masa nyata. Jika pek bahasa dimuat turun pada peranti, ciri ini boleh digunakan di luar talian.
Ciri penstriman muzik daripada Spotify, Amazon Music, Shazam, dan Apple Music juga kini diberikan kepada pengguna di luar Amerika Syarikat dan Kanada. Arahan suara untuk menghantar mesej menerusi Messenger, WhatsApp dan aplikasi pemesejan pilihan menggunakan suara juga kini boleh dilakukan oleh semua.
Cir Live AI yang membolehkan perbualan dengan Meta AI dan ia memahami apa yang sedang dipandang walau bagaimanapun masih lagi terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja. Meta turut mengatakan Ray-Ban Meta akan mula dijual secara rasmi di Emiriah Arab Besatu, India dan Mexico dalam masa terdekat.